PELARI pecut 100 meter Lelaki bawah 18 tahun yang mewakili Sandakan, Muhammad Muzaffar Syah muncul juara pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSS Sabah) yang berlangsung di Stadium Kompleks Sandakan dekat Sandakan, Sabah pada minggu lalu.
Acara tersebut menyaksikan Muhammad Muzaffar menamatkan perlumbaan dengan catatan masa sepantas 10.92 saat (s) sekali gus mengesahkan atlet kelahiran Sandakan berkenaan membolot pingat emas.
Manakala, Mark Paladius yang mewakili daerah Tambunan meraih Perak (11.07s) dan Mukhriz Ameer Izzuddin yang turut mewakili Sandakan membawa pulang pingat gangsa dengan catatan masa 11.09s.