SKUAD sepak takraw negara memulakan kempen dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 dengan langkah kanan apabila menumbangkan Indonesia 2-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan B acara regu lelaki di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua pada Isnin.
Namun saingan sengit dari negara jiran itu nyata mencemaskan skuad tanah air apabila terpaksa menyaksikan kekalahan pada set pertama sebelum meraih kemenangan untuk dua set berikutnya.
Pada perlawanan pertama, skuad kendalian Ahmad Jais Baharun itu mempertaruhkan Syahir Rosdi (tekong), Amirul Zazwan Amir (pengumpan) dan Khairol Zaman Hamir Akhbar (perejam) namun akhirnya tewas 15-21, 19-21.