PELARI pecut kebangsaan, Azeem Fahmi sekali lagi mencatatkan pencapaian membanggakan apabila dia dan rakan sepasukan berjaya merangkul pingat emas dua tahun berturut-turut di Kejohanan Trek & Padang NCAA di Amerika Syarikat.
Atlet Universiti Auburn itu bersama Kanyinsola Ajayi, Dario Matau dan Makanakaishe Charamba mencatat masa 38.33s untuk menduduki tempat pertama dalam acara lari berganti-ganti 4x100m di Hayward Field di Universiti Oregon pada Jumaat.
Manakala, pasukan dari Universiti Southern California menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan 38.46 saat, manakala Universiti Arkansas meraih tempat ketiga dengan masa 38.72 saat.





