PIALA Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sudah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) II dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Penang FC II dengan keputusan 7-0 dalam aksi terakhir mereka pada Isnin.
Kemenangan itu menyaksikan JDT II menamatkan saingan Piala MFL di tangga pertama selepas mengumpul 53 mata manakala pencabar terdekat, Selangor FC terpaksa berpuas hati selaku naib juara biarpun turut menewaskan Kedah Darul Aman FC B 7-0.
Kejayaan JDT II bertambah manis apabila penyerang utama mereka iaitu Gabriel Nistelrooy Tamin disahkan sebagai penjaring terbanyak Piala MFL 2024/2025 selepas merekodkan 24 gol secara keseluruhan.