HANCUR harapan seluruh penyokong Malaysia mahu melihat wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan perjuangan di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) berakhir selepas tewas di halaman sendiri.
JDT terpaksa menelan kepahitan tewas di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dengan keputusan 0-1 menerusi jaringan Suphanat Mueanta selepas memanfaatkan kesilapan Harimau Selatan.
Pelbagai perdebatan berlaku dalam media sosial dalam perlawanan tersebut apatah lagi melibatkan beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil dari Kuwait, Ahmed Al-Ali.