SEORANG kanak-kanak perempuan berumur empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari bilik tidur utama di tingkat 16 sebuah perumahan di Presint 9, Putrajaya pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abd Aziz berkata, polis menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi.
Dia berkata, semasa kejadian, bapa kanak-kanak itu yang merupakan seorang penolong akauntan keluar menghantar kakak kanak-kanak itu ke sekolah berdekatan manakala ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru tadika keluar bekerja.