LEGENDA bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kini sekali lagi terpalit dengan kontroversi berikutan aksi tidak sopan dilakukannya baru-baru ini.
Dalam aksi antara Al Nassr dan Al Shabab dalam Liga Pro Arab Saudi pada Isnin, kapten Portugal itu kelihatan meraikan kemenangan secara keterlaluan.
Tindakan itu dibuat selepas penyokong lawan bersorak nama seorang lagi legenda bola sepak, Lionel Messi yang merupakan pesaingnya untuk bertahun-tahun lamanya.