Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Bonnie tenang pecah rekod dunia, atasi catatan sendiri di Dubai

ATLET powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin memecahkan rekod dunia dengan angkatan 231 kilogram (kg) dalam Kejohanan Para Powerlifting Dunia 2023.

Dalam kejohanan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu menyaksikan atlet berusia 24 tahun tersebut memecahkan rekod dunia dengan bebanan 231 kg pada angkatan ketiga.

Kejayaan dalam kategori senior lelaki berat melebihi 72 kg itu sekali gus mengatasi rekod dunia terdahulu yang turut dipegang olehnya dengan angkatan 230 kg ketika di kejohanan Piala Dunia Fazza ke-11 pada 2021.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%