PENGAWAL peribadi Lionel Messi telah menawarkan diri untuk bertarung di gelanggang tinju menentang Logan Paul ketika pertikaian undang-undang mereka semakin memuncak.
YouTuber yang kini menjadi petinju dan bintang WWE, Paul, mencabar bintang Inter Miami itu berikutan pertarungan undang-undang mereka mengenai pelanggaran hak cipta terhadap jenama minuman tenaga masing-masing.
Mas+ oleh Messi dilancarkan pada 2024 dengan tujuan untuk merampas sebahagian pasaran daripada PRIME, jenama yang diasaskan oleh Paul bersama bekas pesaingnya, KSI, pada 2022.