PERLAWANAN antara Fiorentina menentang Inter Milan bagi aksi Serie A pada Ahad ditunda selepas pemain tengah skuad The Purple, Edoardo Bove pengsan pada minit ke-16 permainan di Florence, Itali.
Menerusi video tular di media sosial menyaksikan tonggak berusia 22 tahun itu pada awalnya beraksi seperti biasa sebelum tiba-tiba rebah dan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemain kedua-dua pasukan serta peminat.
Fiorentina mengesahkan bahawa dia kini berada dalam keadaan stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Careggi, Florence.