JOHOR Darul Ta’zim (JDT) kini berada di ambang pencapaian sejarah sekali lagi, dengan satu langkah sahaja diperlukan untuk tempat mereka disahkan dalam pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACLE) Elite.
Untuk mengesahkan kedudukan mereka, Harimau Selatan harus mengatasi pasukan gergasi Korea Selatan, Pohang Steelers dalam perlawanan penutup Kumpulan A pada 18 Februari nanti.
Meskipun dilihat berdepan lawan sukar, kelebihan dimiliki oleh JDT kerana sokongan padu daripada penyokong akan diberikan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.