SUKA atau tidak, Bergson da Silva kini dilihat antara penyerang terhandal dimiliki oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas pemergian pemain-pemain seperti Luciano Figueroa, Daniel Guiza, Juan Martin Lucero dan beberapa figura lain.
Kehadiran Bergson pada 2021 terus memberikan impak buat Harimau Selatan apabila bergelar penjaring terbanyak pada musim 2022 dengan 29 gol.
Musim ini juga Bergson sedang mendahului carta penjaring terbanyak Liga Super dengan 23 gol ia sekali gus bakal menyamai rekod Ifedayo Olusegun ketika bersama Selangor FC apabila memenangi anugerah penjaring terbanyak sebanyak dua kali.