JUARA bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berhasil mencipta nama gah di pentas Asia dengan reputasi pasukan yang sangat kuat dan berdaya saing namun kesilapan dalam benteng pertahanan adalah sesuatu yang sukar dielakkan dalam mana-mana pasukan termasuklah JDT.
Skuad Harimau Selatan terkenal dengan kekuatan pertahanan mereka yang sukar ditembusi kerana membariskan pemain berkualiti seperti Matthew Davies, Jordi Amat dan Afiq Fazail.
Namun, dalam beberapa perlawanan, kealpaan dan kekurangan tumpuan dalam barisan pertahanan mengundang padah apabila mereka memberi peluang kepada pasukan lawan untuk menjaringkan gol.