PENYOKONG Harimau Malaya pasti menantikan sesuatu keajaiban untuk melihat skuad kebangsaan bangkit daripada kekalahan ke atas Jordan dengan menewaskan Bahrain pada Sabtu.
Kekalahan 0-4 di tangan Jordan itu mengundang pelbagai kritikan daripada pemain ke-12 yang mempersoalkan taktikal ‘eksperimen’ Kim Pan-gon pada perlawanan pertama Kumpulan E pada Selasa lalu.
Namun begitu, bukan hanya pasukan kebangsaan yang beraksi dalam Piala Asia yang akan menjadi tumpuan seluruh kelab Liga Super untuk menandatangani pemain import baharu pada musim depan.