PIALA Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 dicemari dengan pergaduhan antara pasukan DR Congo dan Maghribi.
Dalam aksi tersebut, kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 dalam saingan Kumpulan F.
Bagaimanapun, selepas pengadil perlawanan meniup wisel tamat permainan, satu insiden yang tidak diingini berlaku antara bintang DR Congo, Chancel Mbemba dan pemain Maghribi, Youssef En Nesyri yang pernah diburu Manchester United.