PASUKAN kebangsaan Uzbekistan berjaya meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Korea Utara pada perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Laos itu menyaksikan The White Wolves berjaya mencuri tiga mata penuh menerusi Abbosbek Fayzullaev pada penghujung perlawanan babak pertama.
Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan dilihat mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol, namun gagal menembusi pintu gol masing-masing.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Susulan itu, pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada Umar yang juga merupakan pemain pertahanan Selangor FC dan menghadiahkan sepakan penalti kepada Korea Utara.
Bagaimanapun, penjaga gol Uzbekistan, Utkir Yusupov berjaya menafikan sepakan penalti tersebut dan menghalang peluang penyamaan untuk Korea Utara sekali gus memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan Uzbekistan.
Dengan kemenangan tersebut, pasukan kebangsaan Uzbekistan berjaya meraih tempat kedua dengan mengutip 13 mata dalam Kumpulan A.
Untuk rekod, selepas berhijrah menyertai Selangor dari kelab lamanya, FC Nasaf, bek tengah berusia 31 tahun itu terus menjadi pilihan di bahagian pertahanan.
Meskipun perlu bersaing dengan pemain-pemain lain termasuk kapten, Safuwan Baharudin, Umar berjaya merekodkan 16 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram