MALAYSIA sekali lagi melakar sejarah di pentas bola sepak remaja antarabangsa apabila FC Kepong bawah 8 tahun (U8) muncul juara Kejohanan IberCup 2025 yang berlangsung di Estoril, Portugal, pada Ahad.
Pasukan cilik kendalian jurulatih Shazwan Wong itu menampilkan aksi bertenaga sepanjang kejohanan, mencatat empat kemenangan dan dua kekalahan dalam saingan Kumpulan A untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Di peringkat itu, mereka menewaskan wakil Sepanyol, Uliamate Madrid, dengan keputusan 5-3, sebelum meneruskan kecemerlangan di pentas akhir menentang satu lagi pasukan dari negara sama, Aravaca SS.





