PEMAIN pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies dikhabarkan akan menggalas tanggungjawab selaku kapten Harimau Malaya bersama-sama Dion Cools dalam kempen Piala Asia 2023 yang akan membuka tirai perlawanan pada Sabtu ini.
Bekas kapten pasukan Sri Pahang FC itu sebelum ini telah pun diberi kepercayaan oleh pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk mengetuai skuad Harimau Malaya dalam kempen Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 ketika menentang Republik Kyrgyz pada tahun lalu.
Selepas hampir sembilan tahun menyarung jersi skuad utama Harimau Malaya, kini Davies akan membawa cabaran yang lebih besar dengan menggalas harapan rakyat Malaysia untuk melihat pasukan negara beraksi penuh kompetitif menentang gergasi-gergasi Asia.