Dengar Suria

Sukan

[VIDEO] Azeem Fahmi beri ‘duit raya Aidilfitri’, harumkan nama tanah air lepas raih emas di AS

JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi beri ‘duit raya Aidilfitri’ istimewa buat Malaysia apabila merangkul pingat emas acara 4×100 meter (m) dalam saingan Tom Jones Memorial Invitational di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Kejohanan Trek dan Padang yang dianjurkan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) itu menyaksikan Azeem Fahmi mendapat kepercayaan untuk menjadi sebahagian pelari kuartet 4×100 meter (m) mewakili Universiti Auburn.

Kuartet Universiti Auburn turut diperkuat Favour Ashe, Dario Matau dan Kanyinsola Ajayi untuk melepasi garisan penamat menerusi catatan masa 38.64 saat (s) bagi mengatasi Louisiana State University (LSU).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%