PENGURUS Bayern Munich, Thomas Tuchel berang dengan penjelasan pengadil selepas tidak menghukum Arsenal kerana melakukan ‘kesilapan budak-budak’ dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara yang berlangsung di Stadium Emirates yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2.
Bayern merasakan mereka sepatutnya mendapatkan lagi satu sepakan penalti selepas pertahanan The Gunners, Gabriel secara jelas memegang bola sebelum penjaga gol Arsenal, David Raya membuat sepakan namun dinafikan oleh pengadil perlawanan, Glenn Nyberg
Dalam aksi tersebut, Bayern mendahului 2-1 pada babak pertama sebelum pemain gantian Gunners, Leandro Trossard menyamakan kedudukan pada minit ke-76.