JOHOR Darul Ta’zim (JDT) yang kecundang 0-1 kepada kelab China, Shandong Taishan dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite pastinya memberi tekanan kepada Harimau Selatan bagi perlawanan seterusnya.
Kekalahan tersebut dianggap terlalu menyakitkan untuk penyokong dan kelab sendiri apabila majoriti ‘pemain ke-12’ berasakan aksi tersebut tidak diadili dengan baik kerana terdapat beberapa keputusan meragukan sepanjang 90 minit permainan.
Antara kekasaran yang berlaku ketika Arif Aiman pada babak pertama sepatutnya menyaksikan JDT dihadiahkan sepakan penalti, namun ia tidak dilayan selepas semakan menggunakan video bantuan pengadil (VAR) dibuat.