BAGI peminat bola sepak Kedah, tahun 2008 dan 2009 merupakan zaman kegemilangan yang pastinya sukar untuk dilupakan.
Ini kerana dalam tempoh tersebut, pasukan kesayangan mereka berjaya mencipta ‘double treble’ dengan meraih tiga trofi bagi dua musim berturut-turut.
Pencapaian itu juga meletakkan pasukan tersebut sebagai skuad terbaik pernah dibentuk dalam sejarah bola sepak Kedah.