TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris sememangnya dikenali sebagai pemilik yang tidak henti-henti membawa perubahan positif kepada Johor Darul Takzim (JDT) sehingga kini Harimau Selatan menjadi antara pasukan terbaik di peringkat Asia.
Selain daripada cemerlang menambah baik Harimau Selatan dari segi fasiliti mahupun kualiti permainan, Tunku Ismail juga dikenali sebagai seorang pemilik pasukan yang mengambil berat dan menjaga kebajikan barisan pemain serta kejurulatihan JDT.
Antara momen bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menunjukkan keprihatinannya kepada pemain ialah ketika Tunku Ismail melawat penjaga gol kelab itu, Farizal Marlias di hospital berikutan perlanggaran yang berlaku ketika perlawanan dengan Terengganu FC pada musim lepas.