PEMAIN sayap Harimau Malaya, Muhammad Faisal Abdul Halim, kini menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia selepas dia mempamerkan aksi terbaik sepanjang pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.
Gandingan Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi menjadi watak utama kebangkitan Harimau Malaya menewaskan Kyrgyzstan selepas ketinggalan dengan keputusan 1-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Bersama Selangor FC musim ini, pemain berusia 25 tahun itu telah menjaringkan 11 gol dan lapan ‘assist’ dalam 20 perlawanan terakhir.