PERMUSUHAN antara Fenerbahce dan Galatasaray sememangnya cukup diketahui baik di Turkiye mahupun sekitar Eropah dengan suasana dalam setiap pertmbungan cukup menghangatkan.
Mereka yang boleh dianggap sebagai dua kelab terbesar di negara tersebut mempunyai semangat tersendiri untuk membuktikan penguasaan masing-masing.
Bagaimanapun, aura yang cuba dipamerkan penyokong kadang-kadang melampaui batas dengan penggunaan barangan terlarang sering disaksikan.