PEMAIN pertahanan kental Sheffield United, Chris Basham mengalami detik mengerikan dalam karier bola sepaknya selepas ditimpa kecederaan ketika aksi menentang Fulham bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.
Pemain berusia 35 tahun itu sudah bersama skuad Blades sejak 2014 dan menjadi antara watak penting dalam kebangkitan Sheffield dalam liga, selain diberikan kepercayaan untuk sebagai kapten untuk permainan di Craven Cottage.
Menurut The Sheffield Star, Basham terjatuh pada separuh masa pertama perlawanan ketika cuba untuk merampas bola dan tayangan semula menunjukkan buku lalinya patah ketika cuba memenangi bola daripada lawan.