PERLAWANAN minggu keenam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) melibatkan Pahang Rangers FC dan Selangor FC dicemari beberapa insiden panas sebelum menyaksikan pasukan tuan rumah menang tipis 6-5 di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang pada Sabtu.
Jaringan Pahang Rangers dihasilkan oleh Akmarulnizam Mohd Idris pada minit ke-4 diikuti Filipe De Souza (m-17&18), Moura Babista (m-32), Muhammad Razin A Rahim (m-39) dan Ahmad Harith Naim Mohd Nasir (m-39).
Manakala, pasukan pelawat pula memperolehi jaringan daripada penyerang import iaitu Dos Santos Campus Vitor yang menyumbang empat gol pada minit ke 18, 20, 24 dan 40. Satu lagi diperolehi daripada Syahir Iqbal Khan Akhbar Khan pada minit ke-31.