PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mengambil mudah insiden pergaduhan antara Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada dalam aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Ahad (10 November).
Dalam insiden itu, Arif Aiman dilihat bertindak di luar kawalan selepas menumbuk pemain Perak FC, Tommy apabila larian bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dihalang.
Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram berkata, kedua-dua pemain tersebut tetap boleh dikenakan hukuman atau tindakan lanjut biarpun mereka hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali.