TINDAKAN pemain Manchester City, Erling Haaland yang membaling bola tepat pada kepala Gabriel Magalhaes mengundang kemarahan ramai ketika perlawanan menyaksikan pasukan itu menentang Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Manchester, United Kingdom pada Isnin.
Selepas penyamaan dramatik dilakukan oleh John Stones, Erling dilihat mengambil bola yang berada di belakang jaring gol.
Erling kemudiannya membaling bola tersebut ke arah kepala Gabriel yang ketika itu menutup mukanya dengan baju kerana kecewa apabila John berjaya mengikat Arsenal pada minit terakhir dengan keputusan seri 2-2.