KEJOHANAN Pestabola Merdeka 2024 sudah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Harimau Malaya bergelar juara selepas menewaskan Lubnan 1-0 pada Ahad.
Beraksi di hadapan lebih 10,000 ‘ekor’ Harimau Malaya, skuad kendalian Pau Marti Vicente itu berjaya menamatkan penantian 11 tahun untuk menjulang trofi selepas menjuarai Pestabola Merdeka 2024.
Penyerang naturalisasi skuad kebangsaan, Romel Morales muncul wira apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-33 membantu Harimau Malaya bergelar juara.