AKSI Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Buriram United pada 11 Mac lalu dicemari apabila segelintir penyokong di Stadium Sultan Ibrahim, Johor bertindak membaling botol ke arah penjaga garisan.
Tindakan itu berlaku selepas mereka tidak berpuas hati dengan keputusan membatalkan jaringan minit akhir Jorge Obregon yang menyaksikan skuad Harimau Selatan tersingkir.
Meskipun objek dibaling tidak mencederakan mana-mana pihak, terdapat kemungkinan hukuman bakal dikenakan terhadap kelab Liga Super itu atas faktor gagal mengawal penyokong.