PELIK tapi benar.
Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial apabila seorang lelaki yang menggunakan akaun @tansri_ash menganjurkan perlumbaan siput sedut di laman sosial Tik Tok.
Walaupun hanya menggunakan tudung periuk sebagai platform, Muhammad Aswat Azdha Idris berhasil menjayakan perlumbaan tersebut yang diinspirasikan daripada Sukan Malaysia (SUKMA) yang sedang berlangsung di Sarawak ketika ini.