NEGERI Sembilan akan berdepan tugas sukar untuk perlawananan pusingan kedua suku akhir di Stadium Sułtan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor pada 23 September nanti apabila tewas di tangan Johor Darul Takzim (JDT) 0-3 pada Khamis.
Dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban itu menyaksikan gawang yang dijaga oleh Muhammad Firdaus Irman Mohd. Fadhil sudah dibolosi pada minit ke-19 menerusi Arif Aiman Mohd. Hanapi.
Dua lagi jaringan pula diperolehi daripada penyerang prolifik Harimau Selatan, Bergson Da Silva dengan satu daripadanya melalui sepakan penalti selepas dia dijatuhkan oleh ketua pasukan tuan rumah, Nasrullah Haniff Johan pada minit ke-28.