KLINIK Netball Super League (NSL) 2025 yang berlangsung di Sports Arena UNITEN, Selangor menyaksikan seramai 200 pelajar sekolah menengah berumur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun dari seluruh negara menyertai program tersebut.
Program yang turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh itu bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan berkualiti kepada pemain muda, sekali gus meningkatkan pembangunan sukan bola jaring di tanah air.
Berkongsikan perasaan mengenai program yang dianjurkan oleh ASTRO itu, salah seorang ibu peserta, Idawarni Ibrahim meluahkan harapan agar anaknya dapat mencapai matlamat yang lebih besar dalam dunia sukan.