Dengar Suria

Sukan

‘Time for the real deal’, Azeem Fahmi fokus acara luar dewan selepas kempunan final NCAA 

PELARI pecut negara, Azeem Fahmi tidak berpeluang ke pentas akhir saingan 60 meter (m) tidak kesampaian, selepas menamatkan saingan di tempat ketujuh Kejohanan Akhir Olahraga Dalam Dewan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat. 

Menurut laman sesawang kejohanan, pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2024 yang mewakili Universiti Auburn itu menamatkan saingan saringan kedua pusingan awal dengan catatan masa yang sama, sekali gus berada di kedudukan ke-13 daripada 16 pelumba keseluruhan.

Bagaimanapun, hanya lapan pelumba terbaik daripada dua saringan yang layak ke pusingan akhir dengan ia dijadualkan berlangsung pada Sabtu waktu tempatan (Ahad waktu Malaysia).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%