PERAK FC tidak akan sesekali mengambil mudah cabaran Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak Sabtu ini, biarpun pasukan lawan itu berada dalam prestasi tidak menentu pada ketika ini.
Ketua jurulatihnya, Yusri Che Lah berkata, dia yakin pasukan lawan akan bermain bermati-matian bagi melakar kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan mereka yang pada ketika ini berada pada tangga tercorot liga.
“Saya tidak anggap Kelantan sebagai pasukan belasahan dan kesemua pemain mereka yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama nanti akan memberi tentangan kepada pasukan saya.