KEJOHANAN Pestabola Merdeka 2023 bakal berlangsung pada 13 hingga 17 Oktober nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Saingan Pestabola Merdeka 2023 menjadi medan penting buat Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bagi memilih barisan pemain terbaik negara yang akan menggalas cabaran Malaysia pada kempen Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.
Tentunya sukar bagi setiap pemain untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama menjelang persediaan Piala Asia 2023 musim depan.