NEGERI Sembilan FC (NSFC) akan turun buat pertama kali dalam saingan Liga Super apabila mereka berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu.
Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada aksi petang, skuad kendalian Azzmi Aziz berdepan tugas sukar untuk menentang Harimau Selatan.
Namun begitu, mereka masih boleh cuba dapatkan keputusan positif jika aturan strategi ampuh berjaya diterjemah ketika perlawanan.