PETINJU Mateus Mendonca terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas mengalami keretakan pada zakar semasa sesi gusti di Maranhao, Brazil.
Ekoran kejadian itu, doktor mengarahkan atlet berusia 25 tahun itu berehat dan tidak melakukan sebarang aktiviti lasak selama dua bulan.
“Saya sedang berlatih dengan seorang rakan sepasukan dan dia menghentam zakar saya dengan lututnya. Saya rasa terlampau sakit dan terus ke bilik mandi.