BAGI menambah pilihan di benteng terakhir, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini sudah mengumumkan kehadiran Christian Abad Amat sebagai rekrut terbaharu posisi penjaga gol mereka untuk pusingan kedua Liga Malaysia (Liga M).
Christian Abad mungkin bukan nama popular jika dibandingkan dengan nama-nama penjaga gol yang dikaitkan sebelum ini namun pemain itu bakal menjadi pelaburan jangka masa panjang kerana usianya yang muda iaitu baru memasuki 18 tahun.
Dari segi pengalaman beraksi di peringkat kelab, Christian Abad pernah menimba ilmu bersama skuad muda Valencia dan juga CD Alcoyano sebelum pemain itu membawa haluan baharu ke Elche CF.