NAMPAK mustahil, namun Kedah Darul Aman (KDA) FC tetap bercita-cita besar mahu menyingkirkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA pada Jumaat.
Sang Kenari yang akan menerima kunjungan Harimau Selatan itu, dilihat sudah bersedia untuk mengekalkan momentum kemenangan selepas layak ke separuh akhir Piala FA dengan mengenepikan Penang FC secara agregat 1-0 pada saingan suku akhir.
Meskipun akan beraksi tanpa pemain pinjaman dari JDT iaitu Syafiq Ahmad, namun Nafuzi Zain masih mempunyai pengganti yang boleh menggalas tugas tersebut.