Dengar Suria

Sukan

Tiada penyerang import bukan masalah, gelagat ‘o-som’ hiasi kenduri Terengganu di Myanmar

TERENGGANU FC (TFC) berhasil meraih kemenangan pertama mereka dalam Kumpulan A Piala Shopee selepas memalukan wakil Myanmar, Shan United 5-0 dalam aksi di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar pada Rabu.

Sebelum ini, skuad Peteh gagal meraih kemenangan dalam dua aksi awal kumpulan apabila mengejut 3-2 di tangan kelab Kemboja, Svay Rieng. TFC turut hampa apabila diikat Thanh Hoa 2-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 25 September 2024.

Meskipun Shan United merupakan penyandang juara Myanmar National League namun TFC berhasil merebut peluang memanfaatkan kekasaran yang dilakukan pemain pasukan itu selepas menjatuhkan Shahrul Nizam.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%