BERITA baik dikongsikan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkata, setiap pemain dipinjamkan keluar dari kelab itu tidak akan lagi terikat dengan ‘gentleman’s agreement’.
Ini bermakna mereka yang kini beraksi bersama pasukan baharu secara pinjaman boleh diturunkan ketika berdepan skuad Harimau Selatan kerana sekatan yang pernah ditetapkan kelab Selatan tanah air itu tidak lagi diguna pakai.
Keputusan itu sememangnya menerima sambutan baik daripada penyokong bola sepak tempatan kerana ia membuktikan JDT berani untuk berdepan setiap pemain mereka sendiri yang beraksi buat pasukan lain.