NATXO Insa pemain tengah berketurunan Sepanyol-Malaysia, yang gembira terpilih menyertai Harimau Malaya, bertekad untuk melakukan yang terbaiknya dalam membantu Malaysia, di Piala Asia 2023 di Dota Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari.
Dengan pengalaman 20 tahun sebagai pemain bola sepak profesional, pemain Johor Darul Takzim berusia 37 tahun itu berkata, dia kini lebih matang dan mampu mengekalkan ketenangannya pada perlawanan bertekanan tinggi, yang tentunya akan dapat dimanfaatkan oleh skuad bimbingan Kim Pan-gon itu.
“Saya gembira untuk berada di sini, ini kejohanan yang penting, jadi saya jangka saya akan dapat membantu pasukan untuk mencapai keputusan terbaik. Dengan pengalaman 20 tahun dalam bola sepak profesional, dari segi ketenangan, saya boleh lihat pergerakan dengan lebih baik tetapi secara jujurnya, kita mempunyai pasukan yang amat bagus.