Dengar Suria

Sukan

Tiada lagi ‘national call’, pemain kacukan JDT, KL dan Pahang semakin lenyap dari HM

REVOLUSI Harimau Malaya yang dicetuskan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim disambut baik oleh penyokong tanah air dengan rata-ratanya yakin ia akan memberi satu perjalanan baharu untuk skuad kebangsaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kepercayaan kepada pengendali dari Australia, Peter Cklamovski mengemudi pasukan negara dengan dia diumumkan sebagai ketua jurulatih pada Disember lepas.

Diberi mandat untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi, pengendali berusia 46 tahun itu dijangka menerapkan falsafah bola sepak menyerang berintensiti tinggi, yang menjadi identiti pasukannya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%