KELAB elit bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat sejarah menjadi pasukan pertama capai hatrik bagi kejuaraan Piala FA selepas mudah menewaskan Selangor FC dengan keputusan 6-1 pada Ahad.
Sebelum ini, Harimau Selatan telah menjulang Piala FA sebanyak dua kali pada edisi 2022 dan 2023. Kejayaan itu terus disambung dengan seramai 80,350 ribu penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur menjadi saksi sejarah terbaharu mereka.
Harimau Selatan meraih kemenangan menerusi hatrik Juan Muniz dan tiga lagi gol masing-masing dicetak oleh pemain kebangsaan, Arif Aiman Hanapi; Bergson Da Silva serta Heberty.