PEGUAM sukan Zhafri Aminurashid memberi sebab utama mengapa aksi Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak wajar ditangguhkan ke tarikh baharu.
Ia selepas perlawanan Liga Super itu ditangguhkan ke tarikh lain selepas permukaan padang Stadium Perak ditakungi air akibat hujan turun dengan lebat.
Dalam manual pertandingan yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), kedua-dua kelab hendaklah menunggu permainan untuk dimainkan semula dalam masa maksimum iaitu 60 minit (30 minit pertama dan 30 minit kedua).