ISU kecederaan yang dialami tonggak Terengganu FC (TFC), Azam Azmi Murad ketika aksi Harimau Malaya berdepan Oman bagi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 sempat mencuri tumpuan penyokong tanah air.
Kecederaan yang menyaksikan Azam Azmi terpaksa memakai pelindung kaki dan bertongkat menimbulkan kebimbangan jika pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).
Tampil menjelaskan keadaan terkini Azam Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif, Sabri Abbas menjelaskan bahawa pemain berusia 23 tahun berkenaan tidak mengalami kecederaan ACL seperti yang dikhuatiri penyokong dan kini dalam proses pemulihan.