PEMAIN tengah Selangor FC, Alex Agyarkwa mungkin memberikan petanda yang dia bakal berehat panjang selepas berkongsi imej imbasan sinar-X atau x-ray di laman media sosialnya.
Menerusi siaran di Instagram miliknya, Agyarkwa memberikan bayangan yang kecederaan dialaminya ketika perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu agak mengerikan.
Agyarkwa berkongsikan imej tersebut tanpa memberikan sebarang kapsyen.