SELEPAS gagal mengekalkan kedudukan sebagai penjaring terbanyak Liga Super Malaysia pada musim ini, peledak utama Johor Darul Takzim (JDT), Bergson Da Silva mula menerima pelbagai kritikan daripada penyokong setia pasukan tersebut.
Meskipun masih cemerlang dengan menduduki tangga kedua penjaring terbanyak di bawah import Selangor FC, Ayron del Valle, situasi itu sukar diterima peminat yang nyata kecewa dengan penurunan prestasi dipamerkan bintang terkenal dengan perwatakan ‘budak nakal’ itu.
Beberapa andaian mula memenuhi ruang media sosial berhubung faktor kejatuhan penyerang kelahiran Brazil berkenaan dan antara yang paling ketara adalah rembatannya yang dikatakan semakin mudah tersasar dan tidak tepat menemui sasaran.